Thursday, December 31, 2009

Net lingua

Lim Kim Hui & Har Wai Mun. 2009. Pengglobalan bahasa Internet (net lingua): Adaptasi dan hambatannya terhadap perkembangan bahasa (Globalization of Internet language (net lingua): Its adaptation and restriction to language growth). Bahasa. Vol. 18. September – December. Brunei: 27 – 45.


Conclusion part of the article:

Tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Internet mempunyai kedinamikannya tersendiri, khasnya dari segi kebolehan adaptasinya. Antara jenis-jenis adaptasi yang utama, terutamanya dalam konteks bahasa Internet Melayu adalah singkatan huruf dan nombor, pengaruh bahasa Inggeris kreatif, bahasa kreatif dan gambaran “aksi dan emosi”. Ini membuktikan genre bahasa ini sememangnya pragmatik, justeru tentulah amat mudah menarik hati pengguna internet tetapi ditentang atas aspek sebab ketulenan bahasa perlu dipertahankan. Sehingga masa penulisan ini, nampaknya masih tidak ada jawapan bagi debat antara penyokong bahasa Internet dengan pencinta bahasa baku. Namun, di sebalik ketiadaan jawapan adalah jawapannya, yakni biarlah kedua-dua genre bahasa tersebut berkembang seiring demi memperkayakan keanekabahasaan dunia. Setiap bahasa di dunia ini, dari bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun, bahasa Jerman hinggalah bahasa Internet masing-masing ada hak untuk terus hidup dan merkah. Bukan saja begitu, kelebihan mana-mana bahasa patut dijadikan teladan untuk memajukan bahasa sendiri supaya dunia kita subur dengan keharmonian pelbagai bahasa dan budaya.