Anjing suka makan tulang,
Kau suka makan wang,
Anjing melambai ekor tanda gembira,
Kau melambai ekor sebagai kerja,
Wahai anjing, kau anjing?
Anjing menyalak halang penyamun,
Kau menyalak sekadar buat bising,
Anjing melompat-lompat tanda rapat,
Kau melompat-lompat cari rezeki,
Wahai anjing, kau betul-betul anjing?
Anjing ada jenis panjang, jenis kecil,
Anjing ada jenis ganas mahu comel,
Kau anjing jenis "lari"?
Ada spesis macam ini?
Anjing serang penjahat, pertahankan keluarga,
Kau serang sesiapa, pertahankan kuasa,
Anjing ingat budi,
Kau lupa diri,
Wahai anjing, kau anjing?
Anjing tak serupa anjing,
Tapi dipanggil anjing,
Wahai anjing, kau anjing?
Semakin fikir, semakin pening.
No comments:
Post a Comment